JUST A NOTE


In addition to discussions on general interests, this space will regularly feature updates on my official, personal, business, and family activities, aiming to keep friends and relatives abroad informed.

Relevant articles and materials sourced from other blogs, news portals, or contributed by third parties may also be published here, either with explicit permission or under the condition that they do not contravene any applicable laws or regulations

Pease note that all views and materials presented, reported, or published on this blog are solely my own, unless explicitly stated otherwise. They do not, in any way, reflect the broader views of any organizations I am associated with or individuals within those organizations, unless a specific endorsement is mentioned.

Alternatively, you may google my name "NORDIN THANI" for more news and articles published by mainstream media. Thank you for visiting my blog. I wish you a productive and pleasant day



Thursday, July 9, 2009

BUKAN MUDAH UNTUK MARTABATKAN DIRI JIKA MASIH BERHUTANG

Academic Graduate Studio Portrait


Pada masa ini bukan senang untuk siswazah mendapatkan pekerjaan jika dibandingkan dengan tahun lapan puluhan. Apabila sudah mendapat pekerjaan, banyak pula masalah yang hendak difikirkan.

Di antara masalah yang harus diselesaikan ialah hutang pinjaman pengajian daripada agensi-agensi kerajaan tempat mereka berhutang.

Rata-ratanya ramai anak-anak bumiputera Sabah meminjam daripada agensi-agensi kerajaan untuk melanjutkan pengajian mereka. Oleh sebab itu, sebelum mereka digelar siswazah mereka sudah pun mempunyai hutang.


Dengan gaji yang kecil, susah bagi mereka hendak berjimat, memiliki rumah dan kereta serta untuk mendirikan rumah tangga. Ada yang sentiasa memikirkan bagaimana hendak membalas budi ibu-bapa dan membantu adik-adik mereka dalam suasana terhimpit.

Jadi tidak hairanlah jika kita dengar ramai kakitangan kerajaan (bekas pelajar tersebut) berhutang dengan Ah Long. Apa sebabnya mereka berhutang dengan Ah Long, ramai yang tidak dapat menjawabnya hanya mereka yang berhutang sahaja tahu jawapannya.


Bagi graduan yang menggangur pula tekanan yang mereka hadapi lebih berat lagi kerana mereka harus memikirkan soal perbelanjaan harian dan untuk membayar balik pinjaman pengajian mereka itu. Bukan senang untuk membayar balik pinjaman sekiranya tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Ada pihak pula mahukan golongan ini menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan. Ada yang berminat tetapi malangnya apabila mereka memohon untuk mendapatkan pinjaman perniagaan mereka gagal.


Peluang untuk menjadi guru bahasa inggeris kini terbuka luas apabila kementerian pelajaran mengumumkan mereka memerlukan penambahan guru bahasa inggeris untuk memantapkan lagi mata pelajaran berkenaan setelah diumumkan dasar PPSMI digantikan dengan strategi memartabatkan Bahasa Malaysia dan memantapkan Bahasa Inggeris.

Jadi para graduan yang masih lagi menggangur rebutlah peluang ini.

Tetapi alangkah baiknya sekiranya pihak kerajaan dapat menukarkan pinjaman tersebut kepada biasiswa sebagai insentif sekiranya pelajar tersebut mendapat keputusan yang cemerlang atau luar biasa?

Sekiranya ini terjadi saya percaya ramai pelajar-pelajar kita yang meminjam daripada agensi-agensi kerajaan akan cuba sedaya upaya mereka untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di samping itu dapat membantu mereka memartabatkan diri untuk mencapai wawasan 2020.

No comments:

Post a Comment