JUST A NOTE


I will also be posting official, personal, business and family materials and activities from time to time to update friends and relatives abroad.

Related articles and material sourced from other blogs, new agencies and contributed by others will also be published here with kind permission or otherwise if it does not contravene any laws or by laws of the country concerned.

All views represented or reported in this blog are of my own. In no way do they reflect the wider views of any other parties that am with or anyone within it, unless otherwise stated.

Thank you very much for visiting this blog. Have a wonderful and great day ahead.



Sunday, June 28, 2009

PROJEK TERBANGKALAI? SALAH SIAPA?

Administrative divisions and districts of SabahImage via Wikipedia


Projek yang dimaksudkan adalah dalam kawasan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.


Projek bangunan kediaman rumah guru yang terbangkalai ini jaraknya hanya lebih kurang 2.0 meter sahaja daripada sungai.

Kita sering mendengar selalunya pihak kontraktor yang dipersalahkan kerana tidak dapat menyiapkan sesebuah projek dalam tempoh yang telah ditetapkan. Jesteru itu, kontraktor akan disenarai hitamkan oleh pihak-pihak yang tertentu dan projek yang ditinggalkan itu kadang kala dibiarkan begitu sahaja. Sekiranya diteruskan semula, ianya akan menggambil masa yang agak lama kerana proses untuk mengeluarkan tender semula atau menlantik kontraktor yang baru bukannya mudah.

Namun hakikatnya projek yang terbangkalai lambat laun akan diteruskan juga kecuali ianya adalah projek dalam kategori "tidak penting" atau pun " Non Priority Project". Di salah sebuah kampung dalam kawasan parlimen Sepanggar lain pula ceritanya.

Cadangan projek untuk pembinaan dua buah unit kediaman guru telah diluluskan dan kerja-kerja telah pun dimulakan. Yang menghairankan, tiba-tiba sahaja projek tersebut dihentikan atas arahan pihak Jabatan Kerja Raya atas sebab tapak rumah tersebut tidak sesuai kerana di bina berhampiran dengan tebing sungai.

Siapa pula yang meluluskan tapak tersebut pada awalnya sebelum projek dimulakan? Dan siapa pula yang melantik kontraktor dan mengarahkan supaya kerja-kerja pembinaan boleh dijalankan?

Bukan saja pihak sekolah yang rugi kerana tidak dapat menempatkan guru-guru mereka yang memerlukan kediaman tersebut malah wang rakyat telah dibelanjakan dengan begitu sahaja. Pembaziran seperti ini tidak boleh dibiarkan dan diterima sama sekali kerana jumlah wang yang telah dibelanjakan boleh diguna pakai untuk perkara-perkara lain yang boleh membawa manfaat kepada pihak sekolah yang memerlukannya.






Sejak projek ini diberhentikan, tapaknya telah menjadi medan permainan murid-murid sekolah. Ianya sangat merbahaya kerana terdapat benda-benda dan alat-alat tajam untuk pembinaan seperti paku, dawai dan besi masih kelihatan berselerakan.






Saya sudah cuba untuk mendapatkan komen daripada pihak tertentu sehingga hari ini masih belum lagi berjaya untuk mendapatkan sebarang jawapan atau penjelasan. Adakah ini satu pembaziran yang disengajakan? atau kecuaian daripada pihak jabatan pelajaran negeri yang mengurus projek ini. Kita harus juga mengambil kira tentang tugas dan tanggungjawab juru perunding yang dilantik oleh kementerian pelajaran. Mengapakah mereka gagal untuk menasihati majikan mereka tentang kesesuaian tapak tersebut?

Sekiranya saudara mempunyai sebarang maklumat mengenai dengan projek yang telah dihentikan begitu sahaja tanpa sebab atau alasan yang kukuh, sila emailkan maklumat tersebut ke aduan.awam@gmail.com ( Nama pengirim akan di rahsiakan )


Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Post a Comment