Program Seminar Consumers Front of Sabah ( cfos ) dengan kerjasama KPDNKK, Biro Penerangan UMNO P178 Sipitang dan SK Ladang Lumadan, Beaufort telah diadakan di Dewan Komuniti Kg Ladang Lumadan pada 24 Mei 2014. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Awang Peliliah Bin Abdul Jaini ( Motivasi Pelajar Cemerlang ), Apa itu GST? Kenapa GST? dan Isu Kenaikan harga barangan dan kos sara hidup. Cara untuk menanganinya. oleh Encik Kasim anak Mana ( KPDNKK ) dan Fungsi dan Objektif Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia oleh Encik Asiki Bin Haji Tarimoh.
Lebih 300 orang peserta telah menghadiri program sehari itu. Selain mengikuti ceramah yang disampaikan oleh penceramah yang diundang khas oleh cfos, peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah melalui kuiz yang disampaikan oleh penceramah sendiri dan juga cabutan bertuah. Program telah disiarkan secara langsung melalui radio online rasmi Consumers Front of Sabah atau Cfos, Utarafm yang dikendalikan oleh DJ Kupang.
No comments:
Post a Comment