Satu Seminar Antarabangsa GST 2014 bertemakan " GST : POLICY TO PRACTICE - EXPERIENCES FROM AROUND THE WORLD " telah diadakan pada 15 September 2014 bertempat di Dewan Utama, Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur.
Seminar ini telah dirasmikan oleh YAB Dato Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan I.
Antara penceramah antarabangsa yang hadir untuk memberi pandangan serta berkongsi pengalaman tentang GST di negara mereka ialah Dr David White, ( New Zealand ), Ms Sumalee Satitchaichareon ( Thailand ), Profesor Simon James ( UK ), Ms Hoe Ee Hui ( Singapore ), Wakil Kementerian Kewangan Indonesia, Mr Steve Howlin ( Australia ) dan Mr Kiyoshi Nakayama (IMF)
No comments:
Post a Comment