Program seminar memperkasakan pendidikan dan kesedaran pengguna telah diadakan di Dewan Komuniti Kota Marudu pada 18 Mac 2014. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh YB Puan Anita Baranting, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah merangkap ADUN N5 Tandek. Perasmian penutupan disempurnakan oleh Tuan Sualim Sanan Pegawai Daerah Kota Marudu. Manakala di Pitas, YB Datuk Bolkiah Bin Haji Ismail, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian merangkap ADUN N3 Pitas merasmikan seminar ini yang diadakan di Dewan Belia, Pitas pada 19 Mac 2014. Penutupan dirasmikan oleh Pegawai Daerah Pitas, Tuan Bubudan OT Majalu.
Program ini dianjurkan oleh Consumers Front of Sabah ( cfos ) dengan kerjasama KPDNKK, COPS SABAH dan UTARA FM.
Berikut gambar-gambar yang telah diambil semasa program berlangsung.
No comments:
Post a Comment