JUST A NOTE


I will also be posting official, personal, business and family materials and activities from time to time to update friends and relatives abroad.

Related articles and material sourced from other blogs, new agencies and contributed by others will also be published here with kind permission or otherwise if it does not contravene any laws or by laws of the country concerned.

All views represented or reported in this blog are of my own. In no way do they reflect the wider views of any other parties that am with or anyone within it, unless otherwise stated.

Thank you very much for visiting this blog. Have a wonderful and great day ahead.



Tuesday, July 7, 2009

Ah Long bermaharajalela di Wilayah Persekutuan Labuan

Federal Territory of Labuan, Malaysia

Sejak cerita pasal Pajak Gadai dan Ah Long disiarkan di dalam blog ini, saya telah menerima banyak laporan dan aduan daripada mangsa melalui ruang "contact me".

Apa yang menjadi tumpuan dan perhatian saya adalah aduan dan laporan yang saya terima daripada seorang mangsa Ah Long di Wilayah Persekutuan Labuan. Beliau telah mengirim kepada saya semua salinan resit-resit, surat perjanjian, dokumen -dokumen dan gambar yang telah diambil untuk dijadikan sebagai bahan dan bukti sekiranya pihak berkuasa berniat untuk mengambil tindakan terhadap Ah Long di pulau tersebut.


Selain daripada Ah Long dan Pemberi Pinjaman Wang Berlesen, syarikat-syarikat menjual handphone dan kedai emas juga menjalankan aktiviti-aktiviti memberi pinjaman wang dengan mengenakan faedah 12%-20% sebulan atau 144% setahun tidak termasuk bayaran penalti yang akan dikenakan sekiranya
hutang tertunggak atau pembayaran tidak mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Perniagaan seumpama ini bolehlah di anggap sebagai perniagaan skim cepat kaya kerana Ah Long mengambil kesempatan di waktu mangsa memerlukan wang.

Sebagai contoh pada tahun 2006 si penggadu telah meminjam wang daripada sebuah kedai handphone berjumlah RM12,400.00 untuk membayar yuran pengajian dan membiayi perbelanjaan dua orang anaknya yang menuntut di sebuah kolej swasta di Nilai, Negeri Sembilan.

Oleh kerana terdesak dan pihak bank pula tidak dapat meluluskan permohonan pinjaman beliau dalam tempoh yang diperlukan maka tidak ada pilihan baginya melainkan meminjam daripada Ah Long.

Pada mulanya, beliau hanya ingin meminjam RM10,000.00 tetapi oleh kerana ada potongan pentadbiran dan pengurusan yang harus dibayar, maka beliau terpaksa meminjam RM12,400.00 untuk mendapatkan RM10,540.00 tersebut.
(
RM12,400.00 less 15% admin & management fees RM1,860.00 = RM10,540.00 )


Jumlah faedah yang dikenakan ialah 12% sebulan, ia itu RM1,488.00 daripada jumlah RM12,400 yang dipinjamkan. Jumlah bayaran balik yang harus dibayar pada tiap-tiap bulan ialah RM1,490.00 termasuk RM2.00 stamp duty.

Pada bulan September 2007 hingga November 2007, beliau tidak dapat membayar hutang beliau disebabkan ada seorang ahli keluarga yang terdekat jatuh sakit dan memerlukan wang pembedahan di Hospital SMC, Kota Kinabalu.

Tanpa ada perasaan dan balas kasihan, Ah Long tersebut pula mengambil kesempatan dengan mendenda beliau dan mengarahkanya supaya membayar RM16,864.00 termasuk penalti dan wang pengurusan mulai daripada bulan Disember 2007 hinggalah selesai hutang tersebut. Di manakah rasional dan justifikasinya? Sedangkan wang yang dipinjam bukannya digunakan untuk membeli barangan kemas tetapi untuk membiayi persekolahan anaknya dan orang kesayanganya untuk menjalankan pembedahan.

Apabila saya semak penyata kewangan beliau, dia telah membayar RM11,920.00 daripada bulan Julai 2006 hingga Aug 2007 hanya kurang RM480.00 untuk menjelaskan hutangnya. Oleh kerana takut diugut dan dikacau di tempat kerjanya, hutangnya pula semakin bertambah daripada RM12,400 menjadi RM28,664.00 ( RM12,400 + RM16,864.00 ).

Sehingga hari ini beliau masih lagi membayar RM500.00 pada setiap bulan seperti yang telah ditetapkan sehingga selesainya jumlah hutang tersebut. Mengikut rekod baki hutang beliau hanya tinggal RM7,864.00 lagi. Jumlah pembayaran balik sudah melebihi jumlah wang pokok yang dipinjam dan faedah yang telah ditetapkan .

Sebenarnya, saya tidak hairan perkara seperti ini berlaku di Labuan. Daripada pengalaman saya sejak tahun 2004 lagi mengendalikan kes-kes Ah Long di Sabah, modus operandi mereka semuanya sama.

Walau bagaimanapun, saya akan memaklumkan perkara ini kepada pihak yang bertanggungjawab dan berkaitan supaya tindakan undang-undang dapat di ambil terhadap Ah Long - Ah Long yang beroperasi secara haram di Wilayah Persekutuan Labuan dengan harapan ianya akan dapat membanteras kegiatan haram mereka itu.


Kedai handphone dijadikan tempat mengurus pinjaman dan pajak gadai



1 comment:

  1. Pinjaman untuk pelbagai tujuan
    Kami menawarkan jumlah minimum 10,000.00 dolar untuk 10 juta dolar
    Pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    pinjaman
    tempoh: sehingga 25 tahun bergantung kepada jumlah pinjaman yang anda perlukan.
    pelanggan mesti
    Melebihi usia o f 18 tahun
    Urus niaga ini adalah 100% selamat untuk semua clents
    Untuk maklumat lanjut mengenai kredit, sila hubungi kami melalui e-mel:
    (Daviesruthfirm@gmail.com)

    ReplyDelete