JUST A NOTE


In addition to discussions on general interests, this space will regularly feature updates on my official, personal, business, and family activities, aiming to keep friends and relatives abroad informed.

Relevant articles and materials sourced from other blogs, news portals, or contributed by third parties may also be published here, either with explicit permission or under the condition that they do not contravene any applicable laws or regulations

Pease note that all views and materials presented, reported, or published on this blog are solely my own, unless explicitly stated otherwise. They do not, in any way, reflect the broader views of any organizations I am associated with or individuals within those organizations, unless a specific endorsement is mentioned.

Alternatively, you may google my name "NORDIN THANI" for more news and articles published by mainstream media. Thank you for visiting my blog. I wish you a productive and pleasant day



Saturday, July 4, 2009

SELEPAS AH LONG GILIRAN PENGUSAHA PAJAK GADAI PULA...

Picture of traditional Malaysian Pasar malamMajoriti Peniaga Meminjam dpd Ah Long


Tahniah diucapkan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kerana berani mengisyhtiharkan perang terhadap Ah Long. Kini tibalah masanya untuk giliran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pula untuk menyerang kedai-kedai pajak gadai di Sabah.

Ini kerana hampir semua kedai pajak gadai di Sabah beroperasi tanpa kelulusan atau lesen yang sah di bawah Akta Pajak Gadai 1972. Mereka beroperasi hanya menggunakan lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh majlis daerah atau pihak berkuasa tempatan sahaja.

Selama ini mereka bebas daripada sebarang gangguan daripada pihak berkuasa oleh sebab itu perniagaan ini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Misalnya, kedai yang sepatutnya menjual telefon bimbit, reload card dan peralatan gantian handphone mengambil kesempatan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti meminjamkan wang dan pajak gadai secara haram.

Para pengguna dikelirukan dengan iklan-iklan seperti "Handphone boleh menukar wang", " Kami bagi bunga paling rendah khas untuk kakitangan kerajaan" " Black list dan Golongan berpencen 1% satu bulan" dan sebagainya untuk menarik perhatian orang ramai supaya berhutang.

Mengikut Akta Pajak Gadai 1972, kadar faedah yang dikenakan seharusnya tidak melebihi 2% sebulan atau 24% setahun tetapi kebanyakan kedai pajak gadai emas mengenakan di antara 15% hingga 30% sebulan. Bagi kedai-kedai yang menerima handphone sebagai cagaran mereka mengenakan di antara 10%-15% sebulan.

Sehingga hari ini kita belum lagi mendengar pengusaha-pengusaha pajak gadai dan pemberi pinjaman wang berlesen di siasat atau pun di dakwa dan di bawa ke muka pengadilan atas kesalahan mengenakan jumlah faedah yang tinggi dan beroperasi tanpa lesen yang sah.

Saya juga belum lagi mendengar atau mengetahui bahawasanya ada kedai pemberi pinjaman wang berlesen atau pajak gadai memberi pinjaman wang mengikut peraturan dan peruntukan undang-undang yang sedia ada dengan mengenakan jumlah faedah yang sepatutnya.

Untuk makluman rata-ratanya pemberi pinjaman wang berlesen mengenakan faedah yang tinggi ia itu 15%-35% sebulan dan bukannya 12%-18% setahun yang di benarkan.

Ini bermakna mereka juga boleh di gelar "Ah Long" kerana berselindung di sebalik lesen yang sah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kurang sihat dan tidak mengikut peraturan-peraturan di bawah akta pemberi pinjaman wang 1951 ( Moneylenders Act 1951 ) apabila memberi pinjaman.

Mereka ini harus juga di siasat kerana banyak aduan-aduan yang saya terima daripada mangsa Ah Long mengatakan mereka ini bersekongkol dengan Ah Long. Mereka bertindak sebagai agent dan mengambil kesempatan daripada peminjam yang bermasalah untuk mendapatkan pinjaman dengan memberi kelulusan pinjaman "serta merta" terutamanya kepada kakitangan kerajaan.

Oleh hal yang demikian, saya mencadangkan agar pihak yang berkuasa sebelum memperbaharui lesen pemberi pinjaman wang harus mengambil kira jumlah aduan yang dibuat terhadap mereka, semak resit-resit, laporan kewangan dan surat perjanjian pelanggan.

Tinjauan saya ke beberapa buah pasar malam di sekitar ibu negeri baru-baru ini mendapati masih ramai lagi peniaga bumiputera meminjam wang daripada Ah Long kerana syarat pinjaman mereka tidak begitu susah berbanding dengan yang dikenakan oleh pihak bank.

Ramai peniaga terutama sekali penjaja bumiputera ini tidak mempunyai rekod perniagaan dan malah ada antara mereka yang tidak mempunyai akaun bank. Ada juga di antara mereka yang tidak tahu menulis apa lagi untuk mengisi borang permohonan pinjaman? Jadi cara yang paling mudah bagi mereka untuk mendapatkan pinjaman perniagaan adalah melalui Ah Long.

Lagi pun para peniaga ini membayar hutang mereka pada tiap-tiap malam selepas berniaga. Faedah yang dikenakan ia lah 15% sebulan. Maksimum pinjaman dibenarkan ia lah sebanyak RM2,000 dan tidak boleh di tambah selagi hutang sedia ada masih belum selesai.


Banner yang ini khas untuk golongan bumiputra sahaja

Banner yang ini pula khas untuk golongan orang islam sahaja

TAK CUKUP SATU TAMBAH LAGI BAH.........

WARNA BANNER SERUPA..................PEKERJA ATAU AGENT ORANG YANG SAMA........CUMA NAMA SYARIKAT SAHAJA YANG LAIN - TAKTIK KOTOR AH LONG!!!!!!!!

Picture of Pasar pagi in Malaysia.

Kegiatan Ah Long dapat di lihat beroperasi di seluroh pasar pasar di sekitar kawasan ibu negeri. Mereka juga mempunyai kawasan yang tertentu dan pelanggan yang khas. Setakat ini terdapat ada tiga buah kumpulan beroperasi di pasar-pasar tersebut. Tetapi yang sering kita lihat adalah Ah Long yang datang daripada benua India. Mereka ini bukan sahaja meminjamkan wang untuk perniagaan tetapi boleh juga di runding untuk memberi pinjaman untuk membeli barangan kemas, alat-alat elektrik dan yang terkini motosikal modenas.

Picture of Pasar pagi in Malaysia.


Pinjaman yang paling popular di kalangan masyarakat peniaga pasar malam adalah di panggil 10-3. Ia itu pinjam RM1000 dapat RM700. RM300 di tolak sebagai wang pengurusan. Pembayaran semula sebanyak RM20 di kenakan selama 60 hari. Gagal membuat pembayaran harian di denda RM5. Gagal untuk menjelaskan dalam tempoh yang telah ditetapkan denda RM300.

No comments:

Post a Comment