JUST A NOTE


I will also be posting official, personal, business and family materials and activities from time to time to update friends and relatives abroad.

Related articles and material sourced from other blogs, new agencies and contributed by others will also be published here with kind permission or otherwise if it does not contravene any laws or by laws of the country concerned.

All views represented or reported in this blog are of my own. In no way do they reflect the wider views of any other parties that am with or anyone within it, unless otherwise stated.

Thank you very much for visiting this blog. Have a wonderful and great day ahead.



Monday, July 27, 2009

KPDNKK Lantik Penghulu Jadi Pemantau Harga Barang

BERA, 26 Julai (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan melantik penghulu di seluruh negara sebagai pembantu penguatkuasa hal ehwal pengguna bagi membantu kerajaan memantau kenaikan harga barangan.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata berikutan kementerian itu yang menghadapi kekurangan penguatkuasa, peranan penghulu dilihat akan dapat membantu pihaknya mengawal peniaga yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya.

"Kita akan melantik mereka sebagai pembantu penguatkuasa bagi memantau peniaga yang tidak beretika seperti menaikkan harga barangan sesuka hati, menipu sukatan, timbang dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kepenggunaan Penghulu-Penghulu Negeri Pahang di Kompleks Rakan Muda di sini Ahad.

Bagaimanapun Ismail Sabri berkata peranan itu tidak akan meliputi kuasa untuk mengenakan kompaun kepada peniaga yang melakukan kesalahan.

"Peranan mereka ialah sebagai pembantu penguatkuasa dan peranan ini pernah diberikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau memegang portfolio kementerian berkenaan sebelum ini (peranan itu bagaimanapun dimansuhkan selepas portfolio itu dipegang Datuk Seri Mohd Shafie Apdal)," katanya.

Ismail Sabri berkata peranan itu perlu dikembalikan selaras dengan peranan penghulu yang dilihat sebagai pemimpin yang hampir dengan rakyat bagi menjadi mata dan telinga kerajaan.

Berkenaan kawalan harga barangan, Ismail Sabri berkata rakyat juga perlu menggunakan kuasa mereka sebagai pembeli untuk membendung kenaikan harga barangan.

"Rakyat tidak boleh mengharap kerajaan dan kementerian sahaja untuk menangani masalah kenaikan harga barangan kerana kementerian hanya mempunyai 2,000 pegawai penguatkuasa.

"Jumlah tersebut tentunya tidak mencukupi tetapi kalau pengguna menggunakan kuasa yang ada pada mereka sebagai pembeli, contohnya harga ayam, jika mahal, tak perlu beli, jika semua pengguna berbuat demikian, pasti harga ayam akan turun," katanya.

-- BERNAMA

Ringkasan Pendapat Saya......................

Cadangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk melantik penghulu di seluruh negara sebagai pembantu penguatkuasa hal ehwal pengguna bagi membantu kerajaan memantau kenaikan harga barangan adalah dialu-alukan.

Selain daripada penghulu, KPDNKK sekiranya mempunyai ruang harus juga memperluaskan skop kerja tersebut dengan melantik pengerusi-pengerusi JKKK dan AJK mereka kerana selain daripada mata dan telinga Kerajaan mereka juga adalah sebuah badan perantaan / perhubungan duahal di antara wakil wakil rakyat dan pegawai Kerajaan dengan penduduk penduduk kampung.

Apa yang penting, sebelum perlantikan di buat KPDNKK harus mengadakan seminar atau kursus intensif kepenggunaan supaya apabila menjalankan tugas sebagai pembantu penguatkuasa hal ehwal pengguna nanti mereka mempunyai latar belakang mengenai dengan hal-hal kepenggunaan. Keberkesanan funsi dan tugasan mereka adalah amat penting. Ianya akan berlaku sekiranya mereka memahaminya. Kegagalan badan-badan atau agensi-agensi yang telah dilantik sebelum ini untuk menjadi mata dan telinga Kerajaan memantau harga barangan dan berkaitan dengan hal-hal kepenggunaan adalah disebabkan ahli-ahli mereka kurang memahami peranan yang telah diberikan.

Untuk makluman, di dapati harga barangan runcit yang dijual di kampung-kampung di Sabah sangat tinggi dan ini tidak termasuk kadar faedah yang dikenakan oleh pengusaha-pengusaha kedai (yang majoritinya diusahakan oleh kaum bumiputera berketurunan daripada benua India) terhadap penduduk kampung yang berhutang.

Malangnya, penduduk kampung tidak dapat menggunakan kuasa yang ada pada mereka sebagai pembeli kerana pendapatan mereka terlalu rendah dan terpaksa berhutang walaupun harga barangan itu mahal demi untuk menyara kehidupan seharian keluarga mereka.

No comments:

Post a Comment