JUST A NOTE


I will also be posting official, personal, business and family materials and activities from time to time to update friends and relatives abroad.

Related articles and material sourced from other blogs, new agencies and contributed by others will also be published here with kind permission or otherwise if it does not contravene any laws or by laws of the country concerned.

All views represented or reported in this blog are of my own. In no way do they reflect the wider views of any other parties that am with or anyone within it, unless otherwise stated.

Thank you very much for visiting this blog. Have a wonderful and great day ahead.



Sunday, July 26, 2009

KPDNKK Sasar Satu Daerah, Satu Persatuan Pengguna Pada 2012

KUANTAN, 25 Julai (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mensasarkan sebuah persatuan pengguna ditubuhkan di setiap daerah menjelang 2012 nanti.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu bertujuan mewujudkan kesedaran dan memberi pendidikan berkaitan kepenggunaan untuk orang ramai terutamanya masyarakat yang tinggal di luar bandar.

"Masyarakat di luar bandar dan pekan kecil paling banyak terdedah dengan penipuan kerana mereka tidak tahu tentang hak yang ada pada mereka.

"Sebab itu kita fokuskan pada daerah-daerah kecil pula supaya kesedaran hak pengguna itu ada...bila ada kesedaran, akan wujudlah persatuan pengguna," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Pengguna Malaysia 2009 di Padang Majlis perbandaran Kuantan 2 di sini, Sabtu.

Turut hadir Timbalan beliau, Datuk Tan Lian Hoe dan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Pahang Datuk Fong Koong Fuee.

Katanya setakat ini belum ada sebarang persatuan pengguna daerah ditubuhkan tetapi terdapat persatuan pengguna cawangan iaitu sebanyak 60 buah.

Ismail Sabri berkata kementeriannya juga mensasarkan menjelang 2012 setiap institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) turut menubuhkan kelab pengguna masing-masing.

"Sehingga kini baru terdapat 10 buah IPTA/IPTS yang mempunyai kelab pengguna," kata beliau.

Beliau berkata kementerian itu juga mempunyai visi untuk merealisasikan penubuhan kelab pengguna di setiap sekolah menengah di seluruh negara pada tahun 2012.

Sehingga kini, katanya 45 peratus atau 983 buah daripada 2,181 sekolah menengah di negara ini telah menubuhkan kelab pengguna sekolah masing-masing.

"Usaha penubuhan kelab pengguna di peringkat sekolah lagi adalah penting kerana kita mahu memupuk kesedaran kepenggunaan sejak peringkat awal lagi," katanya.

Menurutnya KPDNKK merancang supaya setiap kelab itu boleh berhubung antara satu sama lain secara maya seperti melalui portal kelab pengguna sekolah.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata kementerian itu akan mewartakan Peraturan Keselamatan Alat Permainan Kanak-Kanak 2009 pada pertengahan Ogos nanti.

Katanya pewartaan itu adalah kerana pada masa kini belum terdapat sebarang piawaian keselamatan terhadap alat permainan kanak-kanak sama ada dihasilkan dalam negara atau diimport.

"Selepas peraturan ini diwartakan semua alat permainan yang dijual perlu mendapat kelulusan daripada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) dan pengesahan KPDNKK sebelum dapat dipasarkan," katanya.

-- BERNAMA

Ringkasan Pendapat Saya........

Ini adalah merupakan satu idea, usaha dan rancangan KPDNKK yang akan mendapat sokongan padu oleh semua lapisan masyarakat pengguna di negara ini. Seluruh masyarakat pengguna mengalu-alukan berita gembira ini dan tidak sabar lagi untuk perlaksanaanya dimulakan.

Ini kerana kemudahan atau saluran penyampaian maklumat yang sedia ada yang berkaitan dengan hal-hal kepenggunaan tidak begitu memuaskan. Pengguna mempunyai masalah atau keliru apabila hendak membuat aduan kerana masih belum faham atau mengetahui saluran-saluran yang hendak digunakan.

Dengan adanya Persatuan di setiap daerah, maka ahli-ahlinya nanti dapat membantu KPDNKK untuk menjadi mata dan telinga serta dapat melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan kerana KPDNKK setakat ini tidak mampu untuk menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan disebabkan oleh kekurangan kakitangan.

Sementara itu, kerajaan negeri melalui pejabat-pejabat daerah atau majlis-majlis daerah hendaklah melantik salah seorang daripada anggota Ahli Majlis mereka untuk mempengerusikan Ahli Jawatankuasa Kepenggunaan khusus untuk mengandalikan hal-ehwal kepenggunaan daerah.

Atau pun seorang wakil daripada KPDNKK dilantik untuk menganggotai Ahli Majlis supaya permasalahan dan aduan mengenai dengan kepenggunaan diperingkat daerah dapat diselesaikan dengan berkesan lagi.

Isu sebenarnya, bukan sahaja orang di luar bandar yang paling banyak terdedah dengan penipuan tetapi adalah menjurus kepada harga barangan atau kos barangan yang tidak dapat dikawal. Harga barangan semakin meningkat sedangkan gaji atau sumber pendapatan begitu-begitu sahaja.

Dengan adanya Persatuan di setiap daerah ini kelak diharapkan bukan sahaja ianya dapat mewujudkan kesedaran dan memberi pendidikan berkaitan dengan kepenggunaan untuk orang ramai terutamanya masyarakat yang tinggal di luar bandar tetapi juga dapat mencapai matlamat yang diidam-idamkan oleh semua pengguna iaitu SATU MALAYSIA SATU HARGA dan sekiranya perkara ini mustahil untuk dilaksanakan maka SATU SABAH SATU HARGA jadilah!!

No comments:

Post a Comment