Kita telah dimaklumkan melalui beberapa buah akhbar tempatan bahawa Persatuan Pengguna Sabah telah diambil alih oleh CASH. CASH yang tidak pernah didaftarkan akan wujud semula dengan nama baru setelah didaftarkan dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu untuk memulakan aktiviti-aktiviti kepenggunaan mereka.
CASH sekarang ini digelar CASH atau pun nama barunya ialah :- Pergerakan Pengguna Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang berkuatkuasa serta merta setelah ROS membatalkan Persatuan Pengguna Sabah atau CASH.Ini adalah satu petanda yang baik sekiranya mana-mana persatuan mempunyai masalah dengan pejabat pertubuhan atau ROS bolehlah mendaftarkan diri dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu untuk mendapatkan lesen supaya dapat bergerak.
Kenyataan yang dibuat oleh seorang pemimpin kanan CASH yang baru dalam sebuah akhbar tempatan pada hari sabtu 18hb Julai 2009 mengatakan bahawa mereka akan terus memperjuangkan serta membela nasib pengguna dan rakyat Sabah. Ini bermakna apa jua isu yang tidak berkaitan dengan hal-hal kepenggunaan akan diperjuangkan oleh mereka. Jesturu itu adalah amat tepat sekali bagi CASH untuk menubuhkan atau menjadi sebuah parti politik baru di Sabah.
Tuduhan-tuduhan yang dinyatakan dan dilimparkan secara terbuka oleh beberapa pemimpin CASH untuk menghancurkan CASH adalah semata-mata strategi untuk mengelirukan mata dan pandangan rakyat sahaja. Sebenarnya permasalahan dalaman yang dihadapi oleh CASH belum lagi selesai selagi pendakwaan oleh pendakwa raya belum selesai dan didengar di makhamah.
Tuduhan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin kanan CASH seperti yang tersiar di dalam blog Malaysia kini konon ada orang-orang kuat di Sabah ini untuk menghancurkan CASH adalah hanya sebuah gimik belaka. Siapa juga CASH yang mereka hendak hancurkan? Setakat mana CASH boleh mempengaruhi rakyat jelata Sabah? Jumlah keahlian CASH yang berdaftar tidak sampai pun 100 orang ( Dec 2008 ) apakah dengan jumlah 100 orang ini boleh mempengaruhi 2 juta penduduk Sabah? atau dapat menggugatkan kerajaan negeri yang sedia ada sehinggakan ada pihak hendak menghancurkan CASH?
Umpama hari baik dibuang-buang, hari buruk dikejar-kejar begitulah peribahasa melayu yang dapat saya ungkapan apabila masa utuk menyelesaikan masalah dalaman CASH yang dihindari oleh sesetengah pihak pada awalnya. Umpama enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing sebenarnya berlaku dalam CASH lama.
Logo ini juga digunakan oleh Consumers International dan samada telah mendapat kebenaran atau tidak cuma orang-orang tertentu dalam CASH baru sajalah dapat menjawabnya.
No comments:
Post a Comment