JUST A NOTE


I will also be posting official, personal, business and family materials and activities from time to time to update friends and relatives abroad.

Related articles and material sourced from other blogs, new agencies and contributed by others will also be published here with kind permission or otherwise if it does not contravene any laws or by laws of the country concerned.

All views represented or reported in this blog are of my own. In no way do they reflect the wider views of any other parties that am with or anyone within it, unless otherwise stated.

Thank you very much for visiting this blog. Have a wonderful and great day ahead.



Friday, July 24, 2009

MacDonalds McValue Lunch 12 TGH - 2.45 PTG ??




Beginilah iklan yang dipamerkan di Macdonald Jalan Sulaman ia itu mempromosikan McValue lunch mereka yang sepatutnya dihidangkan daripada pukul 12 tengah hari hingga 3 petang daripada hari Isnin hinggalah ke hari Ahad. Tetapi setelah saya membuat penyiasatan berdasarkan daripada aduan yang telah diterima daripada orang ramai maka lain pula ceritanya.

Dalam beberapa minggu ini, saya telah mendapat banyak panggilan dan aduan daripada rakan-rakan serta orang ramai yang mengadu bahawa mereka merasakan mereka telah ditipu. Ada yang bergegas ke Macdonald hanya untuk membeli set lunch tersebut sebelum pukul 3 petang tetapi hampa kerana Macdonald tidak menjual set lunch ini selepas pukul 2.45 petang sedangkan masa yang di iklankan sehingga pukul 3 petang.

Alasan yang diberikan oleh kakitangan Macdonald adalah mereka hanya mengikut arahan supervisor dan waktu yang telah ditetapkan di dalam " cash register " yang mana tidak boleh diubah. Mereka hanya berpandukan pada jam tersebut.

Kebetulan pada hari ini ia itu hari Jumaat bersamaan dengan 2 Syaaban 1430 / 24 Julai 2009 saya dan beberapa rakan sampai tepat pukul 2.40 petang untuk menyiasat perkara ini. Giliran kami sampai di counter tepat pukul 2.44 petang.



Kami membuat order dan memesan untuk membeli 3 set Mac Chicken spicy tepat pada pukul 2.46 petang dan dimaklumkan oleh cashier yang bertugas McValue Lunch dah habis pukul 3 petang tadi. Kebetulan kami sedang mendengar siaran Radio Kelasik Nasional di dalam kereta dan hanya menunggu berita tepat pada pukul 3 petang untuk membuktikan masa sebenarnya.

Kami memberitahu cashier yang bertugas itu waktu sekarang belum lagi pukul 3 petang, dia menjawab " itu jam salah yang betul apa yang dipaparkan di till saya" ujarnya.

Saya tidak mahu menceritakan dengan panjang lebar perkara ini di sini dan sekiranya saudara / saudari pernah mengalami situasi seperti ini, sila hubungi saya melalui email : aduan.awam@gmail.com atau tinggalkan pesanan di dalam ruang contact yang disediakan.

Saya sempat menghubungi pengurusan atasan Macdonald sebelum pukul 5 petang tadi untuk memperjelaskan keadaan sebenar dan apa yang telah berlaku selama ini. Mereka telah berjanji akan menyiasat perkara ini demi untuk kebaikan pengguna dan akan memperbetulkan kesilapan-kesilapan yang ada.


No comments:

Post a Comment