JUST A NOTE


I will also be posting official, personal, business and family materials and activities from time to time to update friends and relatives abroad.

Related articles and material sourced from other blogs, new agencies and contributed by others will also be published here with kind permission or otherwise if it does not contravene any laws or by laws of the country concerned.

All views represented or reported in this blog are of my own. In no way do they reflect the wider views of any other parties that am with or anyone within it, unless otherwise stated.

Thank you very much for visiting this blog. Have a wonderful and great day ahead.



Wednesday, July 1, 2009

SYABAS dan TAHNIAH SESB

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan anggota polis tambahan kerana telah berjaya mengadakan gerakan operasi untuk membanteras kegiatan mencuri elektrik yang bermula pada hari isnin (29 Jun) dan selasa (30 Jun) di beberapa buah kawasan setinggan di sekitar ibu negeri.

Dengan adanya ketegasan daripada pihak SESB maka para pencuri elektrik akan dapat dikurangkan. Lebih-lebih lagi jika pihak SESB bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang di dapati bersalah. Selagi tidak ada sebarang tindakan undang-undang di ambil, maka kegiatan mencuri elektrik ini akan berterusan dan berleluasa.

Gejala ini bukan mudah untuk dibendung. Setakat merampas alat-alat yang telah digunakan untuk mencuri bekalan elektrik tidak mencukupi kerana ianya boleh di ganti semula. Sekiranya pesalah didakwa di mahkamah dan di hukum untuk membayar denda berkemungkinan mereka yang tinggal di kawasan setinggan tersebut akan berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan jenayah ini.

Saya pernah mencadangkan di dalam salah sebuah program wawancara tv terbitan rtm Sabah tidak beberapa lama dahulu, agar hukuman yang sedia ada di gubal semula. Ia itu dengan menaikkan jumlah denda maksimum yang sedia ada daripada RM100,000 ke RM300,000 dan penjara mandatori selama enam bulan dikenakan sekiranya di dapati bersalah.

Dengan adanya kegiatan mencuri bekalan elektrik ini, maka adalah tidak adil kepada pengguna elektrik yang lain kerana mereka membayar untuk mendapatkan bekalan dan secara tidak langsung pula membiayi bekalan yang dicuri itu.



Gambar semasa rakaman rancangan wawancara terbitan RTM Sabah bertajuk " Sabah Everyday Sure Blackout " bertempat di Sandakan Harbour View bersama dengan Encik IR Peter Lajumin wakil SESB.

Sementara itu, pihak SUWARTA ( Suara Warga Kota ) telah menerima aduan daripada orang ramai bahawa sebuah LIVE " Fuse, Switch and Meter Box " tanpa pintu berhampiran dengan sebuah tadika di Likas adalah sangat merbahaya sekiranya pihak yang bertanggung jawab tidak menggantikan pintu kotak tersebut dengan segera. Ini kerana kotak itu terletak di tepi jalan utama berhampiran dengan sekolah rendah St Agnes dan ramai murid-murid sekolah menggunakan jalan tersebut untuk ke kedai Kosan. Kemalangan jiwa akan berlaku sekiranya tersentuh wayar-wayar di dalam kotak itu.


Wayar hidup berselerak di dalam kotak tersebut


Kotak yang di maksudkan, terletak berhampiran dengan Tadika Ji Ren, Likas

Untuk makluman, aduan ini telah pun diajukan kepada pihak yang bertanggung jawab untuk tindakan segera. Sekiranya saudara mempunyai sebarang aduan yang berkaitan dengan warga kota, sila kemukakan aduan saudara melalui email ke :- aduan.awam@gmail.com

No comments:

Post a Comment